Thursday, May 29, 2008

my baby my everything...

assalamualaikom...
sape2 pun tak akan faham perasaan kasih seorang ibu. Hanya bila kita sendiri bergelar ibu yang dapat that kind of feeling. Biar penat, biar mengantuk, biar tk cukup tidur,.. biar berjaga malam,...we would do everything utk anak kita. ....hehee feeling lah pulak. em,.. gitulah jugak perasaan ibu kita terhadap anak-anaknya. Kami 7 beradik,. mcm mcm perangai. sekarang semua dah besar-besar. Kadang-kadang sakit hati jgk kalau adik2 lelaki ku menyusahkan umi dan abah. Tp alhamdulillah semua dah keje.. tinggal adzim je kat politeknik sultanah bahyah kat kulim. Umi harap benar adzim dapat masuk universiti, lepas diploma kat poli tu umi harap dia dapat sambung degree. Umi teringin pegi konvokesyen lagi kot.. tgk anak2 terima ijazah kat majlis konvokesyen. Last sekali ialah konvo kat uum. Ku yang dapat ijazah. That was 6 years ago. Harap2 harap adzim dapat tunaikan hajat umi dan abah.

Em,.. anyway petang semalam bw husna pegi shopping kat jusco bukit tinggi. Baju husna semua dah agak2 muat2 je dgn dia. So it's time to buy some new clothes for husna. For husna je? For ibunye tk de?.. Emm,. ibu kena puasa lah gayanye husna. Well thanks to faizah dan farina for their kindness ( escort husna dan ibunya ). Nasib ada sales... tujuh pasang baju husna for only RM1o8. Mahal ke? tk lah kan... lebih kurang 15 inggit sepasang. And this morning husna terpaksa ikut ibu pegi ofis.. kak rahmah (pengasuh) kena buat persiapan utk kenduri anaknya weekend ni. Thanks to kak rahmah sbb jaga husna dengan baik. Husna ni payah sikit nak pegi dengan lelaki. Maklumlah jauh dgn ayahnya. Tp kalo pangkat atuk ok. Suami kak rahmah tu pun gaya2 mcm atuk agaknya.. so dia biasa.

Anyway tk sabar nk tunggu cuti semester nanti. Rasa2nye dapat cuti jgk ke kami gstt ni? Aku tk peduli,.. apa2 pun tetap nk balik bercuti jgk. Sebelum balik bercuti there''s a few things to be settled. Of course the marking. Kena pulak paper akaun the last day exam. Kelam kabut lah sikit nanti nak kena marking cepat2. But ofcourse I can't wait for next week. Harap2 semua selesai cepat2.

Husna tgh tido kat sebelah ni,.. alamak,.. dah tersedar pulak.. lapar agaknya. Belum bagi dia makan lagi this morning.. td bw dia p kat warong makan roti canai telor dan teh tarik,. heheee bukan utk husna,. utk ibunye!

Ok lah that's all.

2 comments:

Adrina Adi said...

err.. pembetulan. last konvo rasanya yang abe ha la kat kl. hehehe... kan nor datang sekali.

NikNor said...

ekeke,..iye tk ye jgk,..huhuhu..