sebahagian kek yg dah siap..
Kerja kat ofis pun makin bertambah. Semester dah start. Dah mula sibuk dengan student, class, assignments, quizes, tests to be marked. Tambahan pulak menyelia Latihan Industri, kene deal dengan industri. Pembantu tk de, so sebarang surat menyurat, filing, semua kena uruskan sendiri. Time management amat penting. Tak sabar nk pindah ke bilik Latihan Industri. Boleh fokus sikit buat kerja. Cuma tunggu carpet dipasang jer. Carpet tu pun inisiatif sendiri. Nk tggu kolej induk yg uruskan?.. Erm..lambat. Kolej baru ni memang banyak nk kene korban. Dengan staf tk cukup, facilities pun tk lengkap. Bermula tahun 2010 ni 2 kolej cawangan akan berada dibawah kolej komuniti kok lanas. KK Jeli dan KK Pasir Mas akan jadi cawangan bagi kok lanas. Senang la sikit kan sbb dalam satu negeri. Tp tak tahu lah lagi , sbb dibawah bos baru, pengarah dari kk grik jd pengarah kk kok lanas pulak sekarang. Dh dapat bayangkan makin sibuk lah nanti dengan projek2 komuniti yg grand grand....
Apa pun, harap2 2010 ni akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

No comments:
Post a Comment