saje nk berceloteh pasal husna. Husna dah pandai cakap. itu satu hal. bagus lah tu. Yg tk bestnye ganas sikit anak ibu ni. Kaki selalu suka sepak2. Maksud ku kalau dia baring mesti kaki ke atas. kalau duduk kat kerusi bukan duduk dgn punggung, tp duduk dengan belakang, kaki yg sandar ke kerusi. pas tu suka benar merajuk. dia ni bossy. suka mengarah orang. lasak. setakat jatuh sikit2, calar, luka sikit2 tu tk layan. terhantuk kepala ke tergolek ke buat derk aje. lepas jatuh, cakap aduh!. then bangun balik lompat3 lagik. Menangis cuma kalau ada benda yg dia nk tk dapat, baru dia meraung-raung. Merajuk. Kadang tu ku buat tk tahu jer.Mana boleh layan semua kehendak dia. Dah lama tk kasi dia makan gula2/coklat. Sbb dia susah nk gosok gigi. Sekarang dah pandai gosok gigi, dah pandai berkumur, dah pandai ludah air kumur. Baru2 ni dia mtk nk makan gula2. Ku tk kasi. Masuk tiga empat hari asyik sebut gula2 jer kesian pulak tgk kat dia. Asyik ajak pergi kedai runcit MZ, beli gula2. Bukan tk de gula2 kat rumah, cuma sorokkan. Sekali sekali bagi lah jgk kan. Tk sampai hati tgk dia merengek2 mintak gula2. Tp asalkan dia gosok gigi tu ok lah. Sebelum ni dai susah nk gosok gigi.
Cakap pasal husna yg lasak. Sekarang dah tk tgk sgt dah channel playhouse disney. Dah boring agaknya. Skrg pandai tgk ben10. Pas tu tgk ultraman, semua cerita ganas2. ibunya pulak suka benar tgk Terminator. Alahai, manalah anak tu tk jd ganas. Lepas ni kalau nk tgk, kene tgk waktu husna tido. Masalahnya husna tido ibu pun join sekali. Sekarnag ni husna dah tk tido dgn nenek.
Pulak tu sekarang dah pandai pukul orang. Pukul ibunya lah. Kekadang tu tk sabar jgk dgn karenah dia. . . ibu kene banyak doa, kene banyak sabar. Moga husna jadi anak yang solehah.

No comments:
Post a Comment